Archive for September, 2012

Sunday morning..

Posted: September 30, 2012 in Uncategorized
Tags: , ,

Good morning beautiful people!

Pagi2 lagi adik bertuah dah pester minta tolong hantar pergi library kat Shah Alam. Dengan segala perasaan mengantuk terpaksa jugalah aku drag myself out of the bed. Hari ini breakfast kundas lagi..tapi dah tere sikit buat so it looked ‘happy’. Maybe I’ll use the remnant to make some pizza later.

Ok, cerita sikit pasal library ni. Nama dia Perpustakaan Raja Tun Uda. Located in Shah Alam, near PTPL and the golf club (dunno its name). Dulu library Shah Alam ni dekat area PKNS. Basic library je, ada la buku2, tempat perbincangan, bilik audio visual dan beberapa facilities yang lain.

The library fortunately had been relocated here. Building baru. Cun! Ada tasik/kolam buatan menghadap library ni. Siap ada itik serati berkampung kat sini.

Nak register senang je, kena ada I/C, isi borang dan bayar 20sen untuk fotostat. Lepas setengah jam boleh pinjam buku dah.

Library ni tak silap aku ada 5 tingkat. Accessible by lift, escalator and stairs. Ada bahagian kanak2, remaja dan dewasa. Aku lepak level 3 tak silap aku aritu, tapi, ermmmm..buku2 untuk peringkat universiti tak berapa cukup pada pandangan akulah. Tapi kalau korang nak buku2 sastera Melayu dan Inggeris, boleh tahan la collection derang. Cuma bahagian technical dan criticism tu masih kurang.

Library ni memang aku pujilah kemudahan dia. Setiap tingkat ada toilet dan surau. Senang. Dan bila masuk waktu solat, derang inform so that korang jangan mengelat! Hehehe. Baguskan. Aku perasan ada 2 basic gym kat library ni – satu lelaki, satu perempuan. Tak silap aku bayaran dia RM40 sebulan kot. Selain itu, ada jugak ruang kanak2. Aku jenguk dari luar je. Tapi nampak macam area science and play x silap aku. Lepas tu, ada bilik tayangan multimedia – ada 3D dan 4D. Tak silap aku korang kena bayar RM4-5 untuk masuk bilik ni dan experience the 3D or 4D movies for about 5 minutes. Oklah kan.

Another thing that I really like about this library is the shoes-off policy. Nak masuk kena tanggal kasut. Yes, korang kena berjalan berkaki ayam. Tapi atas karpet pe. Oklah tu. Setiap level derang sediakan bag2 untuk letak kasut korang. Pastu angkut la ke tempat yang korang nak pegi. Aku rasa macam pergi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Best!! Kalau korang tak nak mengangkut kasut or beg korang, ada locker yang korang boleh sewa. Tak silap aku RM1 ke 50sen.

Carrel room, computers (Mac hokayyyy!), free wifi dan facilities wajib library memang complete. Overall, I enjoyed my time there and I don’t mind traveling to Shah Alam once a week to use this library.

Kalau korang nak guna facilities library, aku cadangkan korang datang sini jelah. Nak info lanjut, korang pi tengok website dia. Alright, enjoy your Sunday!! 😉

Advertisements

Alhamdulillah

Posted: September 28, 2012 in random
Tags: , , , ,

Bismillahirrahmanirrahim..

Jumaat lagi. Hidup lagi. Masih berkudrat. Syukur.

Kadang2 kita lupa banyak benda, banyak nikmat yang Allah bagi. Tapi kita selalu diingatkan oleh perkara2 yang kita tak expect pun. Syukur Allah masih sayang kat aku, kat kau dan letak aku dan kau dalam radar Dia. Alhamdulillah.

Sunset

Posted: September 25, 2012 in piccas
Tags: , , , , , ,

This is how sunset looks like from my home … Subhanallah.

 

This slideshow requires JavaScript.

Kundas Tok Jantan

Posted: September 23, 2012 in foodie
Tags: , , , ,

Bismillah..mula2 jom sedekah al-fatihah untuk Tok Jantan aku. Moga Allah tempatkan diri bersama orang2 soleh yang dikasihiNya. Amiiin.

Yeap, namanya kuih ni pelik sikit la bagi orang2 luar Kg. Pisang gamaknya.. Tapi kundas ni sangat popular zaman almarhum Tok Jantan aku hidup lagi sebab dialah yang hari2 buat dan jual kuih ni. Rasa dia lebih kurang chakoi tapi kalau x silap aku chakoi tak pakai susu pekat kot (kalau x silaplah)..

Aku dapat resipi ni dari Cu aku 2-3 tahun lepas tapi baru sekarang aku berani nak try. Aku pun ingat2 lupa dah resipi dia tapi alhamdulillah menjadi walaupun awal2 goreng tu dia x kembung. Minyak x cukup panas dan aku lupa nak uli dough tu semula..

Nak resipinya? Tinggalkan komen dengan email. Insha Allah aku reply ASAP.

Selamat berhujung minggu! 😀

P/s: aku x pakai sukatan proper, agak2 je texture dia, sebab tu aku segan nak bagi resipi kat sini. Kang korang marah plak kalau x jadi hehehe.

Cukup ke?

Posted: September 20, 2012 in 2cent
Tags: , , ,

Ok, member aku share benda ni kat Facebook dan dia komen kata dengan RM1500 kita boleh hidup kalau kita ada kehendak. Aku tak nafikan semua benda pun boleh kalau kita bersungguh dan berkehendak. Tapi betul ke kau sanggup hidup kat KL ni bergaji RM1500 dan tak buat apa2 untuk tambah pendapatan?

Dipinjam dari Syed Hafeez

Aku rasa kalau single, duduk dengan mak bapak bolehlah kot. Tapi kalau dah berkeluarga, nak tanggung keluarga, gaji camni mungkin agak stress jugaklah especially kalau ada benda2 terkejut yang nak pakai duit. But then again, we are all entitled to our own opinions. Pada aku, it’s important for me to provide the best I can for my family…

Dengan itu moh la kita layan ni dulu..one of my favourites, dan semoga bertambah semangat bekerja! 😀

Semalam nak dijadikan cerita, aku test lah satu recipe ni. Cita-cita nak buat roti sendiri. Breadmaker ada kat rumah tu. Tapi 3-4 attempts yang lepas, roti keras cam batu. Aku pun tak tau la sebab apa sampailah aku tengok satu video kat youtube ni. Si Steve ni cakap, kalau tak nak roti keras, kena tunggu yeast tu activated. Jadi dengan semangat yang diperbaharui, aku pun bawalah keluar tepung roti, yeast dan sekelian barangan nak buat roti. Semangat..semangat..semangat. Aku pun follow-lah steps yang ditunjukkan. Tapi dalam dok asyik tunggu yeast tu menjadi, aku terlupa terus nak letak garam dalam dough tu. Lepas sejam, dough dah naik baru aku teringat tak ada garam. So, aku bantai tukar resipi..aku buat jadi pizza. FYI, aku tau base pizza dengan white bread sama pun dari video si Steve ni jugak. Dengan semangat berkobar2 aku pun roll dan tebarlah dough yang aku rasa best tu.

Lepas dah jadi ala2 bulat dan nipis, adik bongsu aku datang kat dapur. Si bijak ni seperti biasa nak tahulah aku buat apa. Lepas tu dia komen, “akak kena buat tebal sikit, nanti koyaklah pizza ni…” aku pun, hermmmm..oklah logik jugak cakap dia. So aku tebalkan sikit dough aku dan suruh dia letak rencah, sos dan segala bagai lauk pauk yang patut. Dengan excitednya, aku pun bakar. Si Steve ni kata 22 minit je. Siap 22 minit, aku tengok tepi2 pizza tu kat wall dia tu, nampak dah brown and crispy cantik je. So aku pun teruslah nak ngap. Tapi malangnya dough dia kat tengah2 kurang masak sikit. Si Steve ni cakap, the best is to invest in a pizza stone. Tapi takpelah first time kan. Yang penting still sedap (perasan) boleh dimakan dan adik2 aku makanlah sampai nak habis juga. Nanti aku postkan gambarnya bila aku dah faham cara nak guna wordpress mobile tu. Alright, have a good week people!

This slideshow requires JavaScript.

P/s: Petang semalam aku makan instant noodle, lepas tu saja nak try buat poached egg sebab ada tengok kat AFC – poached egg pasta. Perghhhh..rasa telur rebus rupanya. Not one of my favourites. Tapi teknik buat dia best 😀

Buat kali yang …

Posted: September 15, 2012 in Uncategorized
Tags: ,

Entah ke berapa ratus, aku cuba buat blog lagi. Setiap kali menulis entry pertama, mesti rasa excited. Harap2 di entry2 seterusnya pun masih lagi excited untuk menulis. Dan, ya kali ini aku ambil approach menggunakan Bahasa Malaysia (pasar dan kadang2 slanga dan SMS style) campur Bahasa Inggeris, sikit2 lah, untuk reflect jati diri ke-Malaysia-an aku (if there’s such word).

Orang cakap sekarang ini kalau nak blogging kena lebih hati2..tapi aku nak cakap, sebenarnya apa bentuk format penulisan pun kalau korang dan ink it on paper, it can be used as hard evidence. Jadi sendiri mau ingatlah! Aku buat blog ini pun sekadar suka2. You can agree with my ideas or you can disagree with them or you can simply be neutral dan berdiam diri sahaja. Really, the choice is yours.

Ok, meh aku kenalkan diri sikit. Aku ini dulu masa sekolah cikgu tanya dah besar nanti nak jadi apa. Aku jawab HOTEL MANAGER. Yeap, I thought working in a hotel is cool because you get to stay at expensive rooms and dine at the best restaurants and earn big bucks. I was wrong. Masa aku tingkatan 5, aku bercadang nak jadi Chef sebab aku memang suka bab masak-memasak. Jadi aku pun isilah Hot Cat UiTM dalam borang UPU aku. Tapi mak aku kata, bab masak2 ni, boleh jadi second or third degree, atau ambil secara sambilan untuk certificate je. Jadi aku letaklah pilihan pertama aku bidang kekuatan aku – BAHASA. Masa aku kat U, aku bercadang nak jadi penulis yang terkenal. Tapi aku tau jadi penulis duit tak berapa nak banyak, tapi sebab aku sangat cintakan buku, aku pasang niat tu kukuh2 dan ambil subjek2 elektif dalam journalism. Terus terang aku katakan, kerja pertama yang aku dapat lepas grad adalah content writer…dan aku langsung tak cintakan kerja tu. Lepas tu aku beralih bidang. Selang beberapa tahun, aku bangun tidur tetiba aku tersedar aku masuk balik bidang penulisan. Tapi kali aku bukan dalam bahagian marketing, jadi thrill dia lain.

Nak pendekkan cerita yang dah sekian panjangnya ini, aku memanglah kerja sebagai penulis, tapi jauh dari hidup glamer dan masih belum dapat raih keyakinan orang untuk terbitkan puisi atau cerita2 pendek aku. Tapi aku yakin Allah tu Maha Adil. Jadi usaha haruslah diteruskan.

Korang ada apa2 soalan nak tau lebih lanjut? Ha, meh la tanya kat aku… takpun, aku akan slowly reveal kat korang sket2 through my blog. Ok, jumpa lagi! Selamat berhari minggu, Selamat menyambut Hari Malaysia!!!