Archive for the ‘Ayat Pilihan’ Category

Saya baru saja mula membaca sebuah buku bertajuk Solat Taubat: Panduan Menjernih Jiwa tulisan Muhammad Isa Selamat. Saya kira belum ada kesediaan untuk menulis ulasannya tetapi ada beberapa perkara yang telah saya highlight secara mental untuk saya ulas kemudian nanti.

Saya tertarik dengan beberapa potong ayat Al-Quran yang dimasukkan dalam penjelasan mengenai taubat. Jadi saya nak share dengan korang untuk renungan bersama. Sedikit disclaimer – ayat Al-Quran tidak boleh ditafsir atau diinterpretasikan tanpa ilmu dan pemahaman. Jadi kalau nak tau lebih lanjut boleh rujuk dengan mereka yang lebih pakar dan berilmu.

بسم الله الرحمن الرحيم

[Al An’am, 6: 44]

6:44
Sahih International
So when they forgot that by which they had been reminded, We opened to them the doors of every [good] thing until, when they rejoiced in that which they were given, We seized them suddenly, and they were [then] in despair.

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

[Al An’am, 6: 45]

6:45
Sahih International

So the people that committed wrong were eliminated. And praise to Allah , Lord of the worlds.

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam”.

Sumber: www.quran.com dan http://iium.edu.my/deed/quran/malay/