Archive for the ‘foodie’ Category

Hari ni aku follow mak aku pegi pasar. On the way balik singgah la tesco extra kat depan stadium malawati tu. Nak dijadikan cerita, mak aku beli 2 bekas aiskrim Wall’s Selection Fruit Salad sebab tesco offered it at RM5.50 each. Kitorang ni memang pelanggan TEGAR Tesco. Dari barang cuci sampai lah ke teh beli kat tesco. However today we experienced something rather silly at Tesco Extra.

When we were checking out of Tesco, nak bayar dah barang2 yang kitorang beli, cashier tu scan aiskrim tu RM10.99 sebekas! Aku ingatkan dia akan discount kat hujung resit macam yang selalu derang buat untuk item2 penjimatan derang tu. Pastu aku tanya la cashier tu. Dia jawab taklah, harga dia memang RM10.99, nak ke tak nak? Aku cakap aku pasti sangat3 harga dia RM5.50 sebab berkali2 aku tengok (yes I’m very careful with promotional items especially). So aku x puas hati terus berlari (literally berlari) ke tempat aiskrim. I took out the price tag tu dan tunjuk kat cashier and another guy yang pakai vest hijau Q-cepat tu. Maybe dia manager kot sebab dia banyak enterframe. Aku explain lah ni harga dia dan aku memang ambil dari rak yang harga ni dalam peti ais. Kemudian manager tu cakap, no this is the new packaging, the displayed price is for old packaging. So aku tanya la camne lak customer nak tau harga tu untuk old packaging ke new kalau korang letak kat tempat yang sama dan display harga yang sama. Of course aku tak nak bayar extra. RM10 extra ok sebab ambil 2 bekas. Manager tu cam tak happy la aku tak percaya explanation dia. So dia pegi amek yang old packaging dan bagi kat aku. Ok, let me tell you this. The difference of old and new packaging is the new one has some plastic wrapping the cover of the tub. Otherwise the both spot the same design, colour etc.

Aku ada 2 arguments kat sini. Pertama, kenapa Tesco letak barang yang dia claim old and new packaging atas satu rak yang sama dalam peti ais yang sama dan punya price tag (yang derang lekat kt display panel tu) yang sama kat peti ais tu? Kedua, sebagai pengguna macam mana agaknya aku nak differentiate harga barang untuk packaging lama dan baru berbeza bila dua2 nya diletakkan dalam tempat yang sama?

Lepas kekecohan tu, mak aku bayarlah RM11 untuk both aiskrim packaging lama yang Manager tu bawak ke kaunter. Lepas tu adalah derang gelak2 sket lebih kurang. Pastu mak aku just cakap dengan nada menasihat, as a customer who spends almost RM1k a month at Tesco, I’d definitely want to exercise my rights. Dan ye kawan2 sekelian, it is your right to pay only for the displayed price of a particular item (yang depa display kat rak/shelf) walaupun komputer derang dah update harga baru.

Tesco Extra Shah Alam, please take note ya. Janganlah kejadian sama berulang. Agak mengecewakanlah kalau jadi lagi. Harap maklum.

Advertisements

Kundas Tok Jantan

Posted: September 23, 2012 in foodie
Tags: , , , ,

Bismillah..mula2 jom sedekah al-fatihah untuk Tok Jantan aku. Moga Allah tempatkan diri bersama orang2 soleh yang dikasihiNya. Amiiin.

Yeap, namanya kuih ni pelik sikit la bagi orang2 luar Kg. Pisang gamaknya.. Tapi kundas ni sangat popular zaman almarhum Tok Jantan aku hidup lagi sebab dialah yang hari2 buat dan jual kuih ni. Rasa dia lebih kurang chakoi tapi kalau x silap aku chakoi tak pakai susu pekat kot (kalau x silaplah)..

Aku dapat resipi ni dari Cu aku 2-3 tahun lepas tapi baru sekarang aku berani nak try. Aku pun ingat2 lupa dah resipi dia tapi alhamdulillah menjadi walaupun awal2 goreng tu dia x kembung. Minyak x cukup panas dan aku lupa nak uli dough tu semula..

Nak resipinya? Tinggalkan komen dengan email. Insha Allah aku reply ASAP.

Selamat berhujung minggu! 😀

P/s: aku x pakai sukatan proper, agak2 je texture dia, sebab tu aku segan nak bagi resipi kat sini. Kang korang marah plak kalau x jadi hehehe.

Semalam nak dijadikan cerita, aku test lah satu recipe ni. Cita-cita nak buat roti sendiri. Breadmaker ada kat rumah tu. Tapi 3-4 attempts yang lepas, roti keras cam batu. Aku pun tak tau la sebab apa sampailah aku tengok satu video kat youtube ni. Si Steve ni cakap, kalau tak nak roti keras, kena tunggu yeast tu activated. Jadi dengan semangat yang diperbaharui, aku pun bawalah keluar tepung roti, yeast dan sekelian barangan nak buat roti. Semangat..semangat..semangat. Aku pun follow-lah steps yang ditunjukkan. Tapi dalam dok asyik tunggu yeast tu menjadi, aku terlupa terus nak letak garam dalam dough tu. Lepas sejam, dough dah naik baru aku teringat tak ada garam. So, aku bantai tukar resipi..aku buat jadi pizza. FYI, aku tau base pizza dengan white bread sama pun dari video si Steve ni jugak. Dengan semangat berkobar2 aku pun roll dan tebarlah dough yang aku rasa best tu.

Lepas dah jadi ala2 bulat dan nipis, adik bongsu aku datang kat dapur. Si bijak ni seperti biasa nak tahulah aku buat apa. Lepas tu dia komen, “akak kena buat tebal sikit, nanti koyaklah pizza ni…” aku pun, hermmmm..oklah logik jugak cakap dia. So aku tebalkan sikit dough aku dan suruh dia letak rencah, sos dan segala bagai lauk pauk yang patut. Dengan excitednya, aku pun bakar. Si Steve ni kata 22 minit je. Siap 22 minit, aku tengok tepi2 pizza tu kat wall dia tu, nampak dah brown and crispy cantik je. So aku pun teruslah nak ngap. Tapi malangnya dough dia kat tengah2 kurang masak sikit. Si Steve ni cakap, the best is to invest in a pizza stone. Tapi takpelah first time kan. Yang penting still sedap (perasan) boleh dimakan dan adik2 aku makanlah sampai nak habis juga. Nanti aku postkan gambarnya bila aku dah faham cara nak guna wordpress mobile tu. Alright, have a good week people!

This slideshow requires JavaScript.

P/s: Petang semalam aku makan instant noodle, lepas tu saja nak try buat poached egg sebab ada tengok kat AFC – poached egg pasta. Perghhhh..rasa telur rebus rupanya. Not one of my favourites. Tapi teknik buat dia best 😀